Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
TARIKH TUTUP : 8 OGOS 2014

SPA telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 yang lepas. Ianya telah ditubuhkan pada hari yang sama dengan hari bersejarah (hari kemerdekaan Semenanjung Malaysia daripada pemerintahan regim British). Perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu sendiri telah memulakan sebuah sejarah pemerintahan negara yang tertinggi dan bebas yang baru dalam kepimpinan Persekutuan Semenanjung Melayu. Secara rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan mengikut perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

SPA mencari individu unuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri: Cepat, Tepat, Integriti, Produktif, Kreatif, Inovatif, Taat Setia kepada organisasi, Berfikiran terbuka dan sedia membantu. Dalam bulan Ogos ini, SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk pemegan sijil SPM (Kumpulan Sokongan II) untuk jawatan yang disenaraikan di bawah:

1. Pembantu Akauntan Gred W17 (Jabatan Akauntan Negara)- 80 kekosongan
2. Penyelia Asrama Gred N17 (Kementerian Kesihatan Malaysia/ Kementerian Sumber Manusia)- 12 kekosongan

Cara memohon:

a) Pendaaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

b) Iklan asal pengambilan SPA ini boleh dicapai melalui pautan berikut:

>> Iklan Jawatan kosong SPA Ogos 2014

c) Permohonan hendaklah melalui portal SPA menggunakan Borang SPA8i, akses dengan mengikuti pautan berikut:

>> Akses Borang SPA8i

Kongsi bersama rakan-rakan anda!