Jawatan Kosong Terkini 2014 di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)

1. 1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29

Syarat Lantikan

a) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : RM 1,746.00 ) ; atau

b) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : RM 1,820.89 ) ; dan

c) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak
dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke
jawatan Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :

(i) mempunyai kelayakan di perenggan (a) – (c) di atas

Tarikh permohonan pada : 03 September 2014

Muat Turun Iklan dan Cara Memohon

Muat Turun Borang Permohonan

Kongsi bersama rakan-rakan anda!