Jawatan Kosong – Tips Ceritakan Kelemahan Diri Anda

Sudah menjadi lumrah dalam temuduga jawatan kosong sekiranya anda ditanya soalan trik yang ‘rumit’ untuk dijawab. Post kali ini memfokuskan berkenaan cara menjawab soalan "Ceritakan Kelemahan Diri Anda".Soalan ini biasanya ditanya ketika hampir di penghujung sesi temuduga jawatan kosong, dimana penemuduga menggunakan soalan ini untuk mengetahui dan menguji daya pemikiran kreatif calon temuduga.Calon yang tidak berpengalaman kebiasanyaannya akan menjadi gugup,gementar dan mengambil masa yang panjang ataupun tidak berupaya untuk menjawab soalan ini dalam masa yang singkat. Menceritakan perihal keburukan diri yang boleh mengakibatkan panel penemuduga mengambil jalan singkat untuk mengenepikan permohonan calon tersebut. Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan berikut dengan menanyakan soalan balas kepada penemuduga untuk melengahkan jawapan.
jawatan kosong tips

Tips Jawatan Kosong

Tips untuk menjawab soalan ini semasa temuduga jawatan kosong

  1. Ceritakan kelemahan yang boleh memberikan impak positif
    Bagaimana? Dengan menceritakan minat ataupun kemahiran anda yang secara tidak langsung memberikan kesan terhadap persekitaran anda. Contoh:

Contoh jawapan 1

"Menjawab kepada soalan tuan, apa yang saya dapat lihat pada diri saya adalah, apabila saya mula menumpukan perhatian terhadap sesebuah task, saya dapati sukar untuk saya berhenti, sampai balik rumah pun saya terbayang-bayangkan task tersebut".

jawatan kosong online

Contoh Jawapan 2

"Saya memang seorang yang individu yang ceria, sampaikan kadang-kadang saya rasa saya terlebih masa dgn pelanggan, semata-mata untuk menghiburkan pelanggan tersebut."

  1. Ceritakan kelemahan yang tidak berkait-rapat dengan kerja
    Satu lagi cara adalah dengan menceritakan kelemahan yang langsung tidak berkaitan dengan jawatan kosong yang dipohon. Bergantung juga kepada panel penemuduga, kadangkala calon temuduga boleh menggunakan peluang ini untuk mengubah mood kepada mood yang lebih ceria dengan sedikit lawak jenaka.

jawatan kosong

Contoh Jawapan:

"Kelemahan diri saya yang utama sekalui — saya tak ada bakat langsung dalam masakan, pernah sekali saya cuba nak save budget makan dalam apartment. Saya cuba untuk buat ikan kering masak asam, tapi bila je saya masukkan cili dalam belanga, terus keluar asap berkepul sampai alarm kebakaran berbunyi…. apa lagi panik terus. Keluar je rumah, jiran-jiran dah berkumpul sebab dia orang ingatkan ada kebakaran… sejak tu saya dah tak berani nak cuba-cuba nak explore masak lagi."

jawatan-kosong

Perhatikan sample jawapan tersebut tidak mencerminkan langsung kelemahan calon dalam melaksanakan tugas (kecuali sekiranya memohon dalam bidang masakan!). Peluang menceritakan pengalaman sebegini boleh menjadi bahan jenaka dan humor untuk mengurangkan rasa stress dikalangan panel penemuduga semasa temuduga jawatan kosong tersebut. Selain itu, ia turut memberikan impresi bahawa anda merupakan people person dan pandai berkomunikasi.

Anda boleh juga menggunakan pengalaman lain seperti pengalaman anda melukis, berenang, membaiki kereta dan sebagainya yang menunjukkan anda mungkin tidak berbakat dalam sesuatu bidang, tapi arif dan berkompetensi dalam bidang pekerjaan atau jawatan kosong yang anda pohon.

Kongsi bersama rakan-rakan anda!