Jurucakap/ pegawai pemasaran jamu jelita

JOB DESCRIPTION
pencarian jurucakap-pegawai pemasaran jamu jelita sepenuh masa
TANGGUGJAWAB:
1. Bertanggungjawab dalam membantu membangunkan strategi pemasaran, merancang dan melaksanakan aktiviti yang berkesan bagi mencapai objektif syarikat
2. Terlibat di dalam strategi dan kempen pemasaran bagi membina jenama dan pengiklanan
3. Memantau keberkesanan dan prestasi bagi setiap rancangan atau kempen yang dilakukan dan memberi cadangan dan langkah yang berkesan
4. Menjejak dan menganalisis data jualan bagi produk keluaran syarikat
5. Merancang dan menyediakan anggaran kewangan dan garis masa bagi perlaksanaan rancangan atau kempen
6. Bertanggungjawab dalam menjaga hubungan yang sangat baik dengan pihak media, kumpulan kerja dan rakan kongsi perniagaan
7. Sentiasa mengkaji akan inovasi, trend dan teknologi terkini bagi memastikan syarikat menggunakan medium yang sesuai dan memberikan impak yang berkesan
8. Terlibat dengan media (televisyen, radio) dan proses pengiklanan
9. Menyelenggara media sosial (ig, fb) dan menjawab segala pertanyaan yang diajukan
10. Menggunakan pemasaran secara digital dan platform media sosial bagi mempromosikan produk dan jenama
11. Mengkaji cara pengiklanan yang berkesan dengan mengenali dan memahami target pelanggan serta mengikut peredaran semasa

CIRI-CIRI:
1. Mempunyai personaliti yang menarik, kemas, menyenangkan dan positif
2. Petah berkata-kata
3. Tidak kekok dan berkebolehan berinteraksi di hadapan kamera
4. Kreatif dan luas pengetahuan
5. Petah berbahasa Melayu
6. Boleh bekerja berpasukan
7. Teliti dan terperinci
8. Mudah mesra, proaktif serta boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum
9. Mahir menggunakan Microsoft Office dan media sosial
10. Berpengetahuan dalam Adobe Photoshop adalah satu kelebihan
11. Berumur antara 23 – 35 tahun
12. Mempunyai minat dan berpengalaman dalam bidang berkaitan. Fresh graduate dialu-alukan

YANG BERMINAT SILA EMELKAN:
• Resume beserta gambar terkini
• Contoh video berdurasi 1 minit
Kepada hr@vasia.my dan alffian@vasia.my
Hubungi 03-33599872 (Pn Asma) untuk maklumat lanjut
JOB REQUIREMENT
Nationality Preferred Malaysians Only
Gender Preferred All Genders
Language Required Bahasa Malaysia
Own Transport None
Experience Level < 1 year | 1-3 years | 3-5 years Minimum Education Required Mempunyai Diploma/ Ijazah di dalam bidang Mass Communication, PR & Media, Journalism, Hospitality Management, Marketing dan Business Studies Location Selangor Deadline 30 Apr 2018

Kongsi bersama rakan-rakan anda!