Krew Kitchen

JOB DESCRIPTION
Makanan Staff + Hostel + OT Pay.
Pengambilan adalah SEGERA.
Jom ajak adik beradik, kawan2, saudara-mara untuk menyertai EPiC.
# Epic As Usual

TEMUDUGA TERBUKA !!

WAKTU TEMUDUGA : 11 pagi – 6 petang (Setiap Hari)

ALAMAT:
1. EPIC @ DAMANSARA PERDANA
Address: E105, METROPOLITAN SQUARE, DAMANSARA PERDANA, JALAN PJU 8/1, 47820 PETALING JAYA, SELANGOR.

2. EPIC @ MONT KIARA
Address: G-3A, MONT KIARA MERIDIN, JALAN DUTA KIARA, 50480 MONT KIARA, KUALA LUMPUR.

3. EPIC @ BANDAR SUNWAY
Address: 22, JALAN PJS 11/7, BANDAR SUNWAY, 46150 PETALING JAYA, SELANGOR.

-KREW KITCHEN-

Tanggungjawab:
* Memasak makanan Melbourne yang berkualiti dengan mengikut piawaian yang ditetapkan
* Melayan dan mengambil pesanan pelanggan di kaunter pesanan dengan sentiasa memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan
* Memastikan semua bahan-bahan untuk memasak makanan Melbourne tersedia sebelum memulakan operasi
* Memastikan kedai sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan
* Mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam semua urusan penerimaan, penyimpanan dan pelabelan makanan dalam memastikan hanya produk berkualiti tinggi dihidangkan kepada pelanggan
* Mematuhi standard EPiC dalam penjagaan imej dan dandanan
* Memberikan kerjasama yang baik dengan pasukan/ rakan sekerja dalam mencapai matlamat syarikat
* Membantu memromosi produk dan perkhidmatan EPiC dengan mengedar risalah kedai dan bahan promosi lain
* Mematuhi semua prosedur kesihatan dan sentiasa berpegang teguh kepada amalan kerja yang selamat

Syarat-syarat:
– Berumur melebihi 16 tahun
– Boleh berkomunikasi dengan baik
– Periang, murah senyuman dan bersih
– Boleh bekerja shift, hujung minggu dan cuti umum

Tawaran kami:
Kerja Sepenuh Masa
– Gaji bermula dari RM1300 sehingga RM1800
– Sumbangan EPF dan SOCSO
– Peluang untuk kenaikan pangkat and kemajuan kerjaya
– Latihan akan disediakan
– Hostel disediakan
– Makanan staff disediakan

Kerja Separuh Masa
– Gaji mencecah RM5.80 sejam
– Waktu kerja yang fleksibel (sekurang-kurangnya 4 jam sehari)
– Peluang untuk kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya
– Hostel disediakan
– Makanan staff disediakan

Ingin Tahu Dengan Lebih Lanjut?

Sila hubungi / sms / whatsapp:
HASHIM 0179380000
JOB REQUIREMENT
Nationality Preferred Malaysians Only
Gender Preferred All Genders
Language Required Bahasa Malaysia
Own Transport None
Experience Level < 1 year Minimum Education Required spm Location Selangor Deadline 31 May 2018

Kongsi bersama rakan-rakan anda!