Tutor/Ustaz/Ustazah diperlukan – Terengganu

JOB DESCRIPTION
Smart Mind Home Centre Terengganu merupakan sebuah syarikat Home Tuition yg menyediakan perkhidmatan Home Tuition dan Quranic Home Based di sekitar Terengganu. Oleh yg demikian kami memerlukan beberapa orang tutor, guru, ustaz dan ustazah utk mengisi kekosongan jawatan sebagai Home Tutor
[ DESKRIPSI JAWATAN ]

Guru yang berkhidmat bersama kami perlu mengajar secara terus di rumah klien. Kebiasaannya lokasi mengajar berdekatan dengan lokasi tutor. Subjek mengajar bergantung kepada kebolehan tutor sendiri

[ LOKASI PERKHIDMATAN HOME TUITION ]

Tutor perlu mengajar secara terus di rumah klien kami di sekitar Jertih, Besut, Setiu, Permaisuri, Kuala Terengganu, Bukit Payong, Seberang Takir, Gong Badak, Marang, Dungun, Paka, Kerteh, Kemasik, Kijal, Chukai dan Kemaman

[ BAYARAN GAJI DAN ELAUN ]

Kadar elaun bergantung kepada jumlah jam mengajar dalam sehari/sebulan. Kadar anggaran adalah seperti berikut :

* RM70 sehari (minimum)
* RM150 sehari (maksimum)
(Elaun bergantung kepada jumlah jam mengajar dalam sehari serta bilangan pelajar bagi setiap sesi)

[ KEKOSONGAN JAWATAN HOME TUTOR ]

Kekosongan terdapat di semua peringkat Pra Sekolah/Sekolah Rendah/Sekolah Menengah/Pra-U

> Guru subjek Bahasa (Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Arab,Bahasa Mandarin)
> Guru subjek Sains (Sains, Fizik,Kimia,Biologi,Sains Sukan)
> Guru subjek Matematik (Matematik dan Matematik Tambahan)
> Guru subjek Sejarah,Pengajian Am,Ekonomi dan Prinsip Perakaunan
> Ustaz atau ustazah yang berkebolehan mengajar mengaji,fardhu ain, hafazan ,dan sebagainya.

[ SYARAT JAWATAN ]

+ Warganegara Malaysia
+ Berumur 20 tahun keatas (tetapi tidak lebih daripada 50 tahun)
+ Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dgn keputusan memuaskan
+ Mempunyai kenderaan sendiri
+ Mengajar seseorang klien sekurang-kurangnya minimum 1 sesi persekolahan

[ FAEDAH SAMPINGAN ]

o Program latihan tutor secara percuma
o Bayaran bonus kepada tutor yang menunjukkan prestasi yang memberansangkan
o Penghantaran laporan mengajar yang lebih mudah dan efektif
o Pengiktirafan melalui sijil penghargaan
o Peluang kenaikan elaun mengajar kepada tutor terpilih
o Pelbagai kemudahan lain yang disediakan kepada bakal tutor Smart Mind Home Centre

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan jawatan Home Tutor di syarikat kami, anda perlu memberikan maklumat dibawah :

1.Whatsapp kami ke talian :

Cawangan Smart Mind Terengganu : 013-7265 738 (Terengganu)(Encik Fadhlie)

dengan memberikan detail yang berikut :-

Nama anda :
Umur :
Lokasi sekarang :
Subjek pilihan mengajar :
Lokasi pilihan mengajar :

2.Anda akan menerima attachment dalam bentuk pdf format berkenaan iklan kerjaya Home Tutor bersama Smart Mind Home Centre – TERENGGANU

3.Sekiranya tidak dapat membuka PDF tersebut, anda perlu memuat turun pdf format melalui google play store / apple store

4.Setelah berjaya membukanya, anda perlu membaca secara jelas dan teliti semua maklumat yang diberikan

Kami mengalu-alukan permohonan daripada anda.Kerjasama daripada anda amatlah kami hargai. Sekian, terima kasih

-HR DEPARMENT SMART MIND HOME CENTRE HQ-
JOB REQUIREMENT
Nationality Preferred Malaysians Only
Gender Preferred Female Only
Language Required English | Bahasa Malaysia | Mandarin/Cantonese
Own Transport None
Experience Level Any
Minimum Education Required Sijil / Diploma / Ijazah dalam mana-mana bidang. Mereka yang sedang menyambung pengajian dalam bidang Master / PHD turut dialu-alukan untuk memohon jawatan sebagai Home Tutor
Location Terengganu
Deadline 31 Jul 2018

Kongsi bersama rakan-rakan anda!