Iklan Jawatan Kosong KADA

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :-

 

Bil Jawatan Gred Bil kekosongan
Jurutera (Elektrik) J41 1
Pegawai Ehwal Ekonomi E41 1
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17 2
Pegawai Khidmat Pelanggan N17 1
5 Penjaga Jentera Elektrik J17 1
Pembantu Kemahiran H17 12
Pemandu Kenderaan H11 3

 

[IKLAN JAWATAN KOSONG]

 

[MUAT TURUN BORANG LKPK1]

 

 

Cara Mengemukakan Permohonan

 

a)     Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang LKPK 1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan memuat turun daripada laman web www.kada.gov.my.

(b)    Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan disertakan bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan sebelum atau pada 16 November 2014 (Ahad). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

(c)   Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon disebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat :-

 

Pengurus Besar

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu

Peti Surat 127

Jalan Datuk Lundang

15710 Kota Bharu, Kelantan

(UP: Pengarah Bahagian Pengurusan)

 

(d)    Permohonan yang berikut akan ditolak :-

 

i)      Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;

ii)     Tidak Lengkap dan tidak jelas ;

iii)     Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan ;

iv)    Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian/ Ketua Unit bagi pegawai yang sedang berkhidmat;

(v)    Tidak ditandatangani.

 

(e)    Tarikh Tutup Permohonan : 16 November 2014 (Ahad)