Internship / Praktikal / Latihan Industri

JOB DESCRIPTION
Jika anda mengambil jurusan HR / Admin / Early Childhood Education / IT / Pengurusan Perniagaan dan yang sama waktu dengannya – KAMI PERLUKAN ANDA SEGERA untuk melaksanakan tugas-tugas pengurusan atau sebagai Guru Tadika. Skop kerja akan diberikan bergantung kepada jurusan anda.

SYARATNYA?
– Betul-betul nak menimba ilmu dan tidak berkira. Bukan setakat kerja untuk habiskan tempoh praktikal sahaja.
– Jujur, ikhlas dan usaha memperbaiki diri kepada yang lebih baik setiap hari
– Berdikari, berinisiatif dan boleh bekerja dengan pengawasan minimum
– Bekerja seperti di syarikat sendiri (kerana anda sememangnya sedang dilatih untuk mempunyai perniagaan sendiri!)

KELEBIHAN YANG MENANTI ANDA JIKA ANDA BERMINAT DAN DITERIMA UNTUK DISERAP MASUK:
(Kelebihan ini kebanyakannya untuk guru)
– PAHALA dalam mendidik ahli syurga (insyaAllah tabungan pahala berterusan atas ilmu yang bermanfaat)
– Latihan dan kursus berkala in-house dan juga di luar
– EPF SOCSO SIP
– Insurans kelompok
– Imbuhan Prestasi
– Anugerah Pekerja Cemerlang
– WIFI percuma (ketika rehat)
– Rehat 2 jam (dibenarkan utk ‘power nap’)
– Makan & minum percuma ketika waktu bekerja
– Tempat tinggal (di tadika) percuma
– Aktiviti bulanan seperti rekreasi, program pembangunan diri dan kerjaya dll
– Annual Dinner, Umrah
– Bonus & Kenaikan Gaji
– Uniform
– Perantis untuk membina syarikat sendiri / usaha sama seperti tadika, taska, pusat tuisyen dll.
– Mentor berterusan oleh Principal
– Career path yang menarik (dinaikkan pangkat kepada Principal / Management Team / R&D / Trainer dll)

REALITI PEKERJAAN BAGI JAWATAN GURU TADIKA?
– Hanya utk mereka yang bekerja ‘all out’ dan ‘hardcore’, bukan tempat untuk cuba-cuba
– Jadual anak-anak & guru-guru yang padat, stamina dan motivasi perlu tinggi
– Waktu kerja panjang (9 jam Isnin-Jumaat, 4 jam untuk 3 kali Sabtu)
– Pelbagai ragam berhubung dengan manusia (anak-anak, ibu bapa dll)
– Perlu kejar ‘target akademik’ anak-anak & jaga KPI
– Tugasan tambahan seperti administratif, mengemas, memasak, membeli bahan utk aktiviti itu rutin
– Bukan karier untuk glamer, tetapi sangat ‘rewarding’ dan memberi kepuasan
– Bermula dengan bawah, tetapi jika beri diri anda masa, bersungguh dan sabar, potensi untuk kaya dan berjaya sangat tinggi

Hantar resume anda segera! WHATSAPP resume anda ke 017-6184516 atau E-MEL ke [email protected]
JOB REQUIREMENT
Nationality Preferred Malaysians Only
Gender Preferred Female Only
Language Required English | Bahasa Malaysia
Own Transport Motorcycle
Experience Level Any
Minimum Education Required SPM, Diploma, Degree
Location Selangor

Kongsi bersama rakan-rakan anda!