Jawatan Kosong Full time service crew (urgent)

JOB DESCRIPTION
Sebagai wakil syarikat dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan mesra. Sila rujuk pada Job Description dibawah untuk maklumat lanjut.

PART TIME SERVICE CREW juga diperlukan segera Hubungi kami untuk memohon.
– Menyambut pelanggan dengan penuh senyuman, dan memastikan pelanggan berasa selesa
– Membawa pelanggan ke meja yang sesuai
– Memaklumkan kepada pelanggan menu istimewa atau sekiranya terdapat sebarang perubahan pada menu
– Memberikan cadangan kepada pelanggan
– Menjawab segala soalan pelanggan berkaitan dengan makanan, minuman dan perkhidmatan yang disediakan oleh restoran
– Mengambil pesanan pelanggan dan memasukkannya ke dalam POS dengan teratur
– Memastikan pesanan pelanggan sampai kepada kitchen
– Menghantar makanan dan minuman yang telah siap kepada pelanggan secara teratur
– Melakukan tugas membuka dan menutup restoran seperti yang tertakluk di dalam SOP dan diarahkan oleh Pengurus / Supervisor
– Memastikan semua kawasan restoran sentiasa berada di dalam keadaan bersih
– Sentiasa bersedia untuk memberikan layanan kepada pelanggan sekiranya diperlukan
– Memastikan pelanggan ‘check-out’ dengan teratur. Ini termasuk menyediakan bil terakhir, menghantar bil kepada pelanggan, mengambil bayaran (sama ada tunai atau kad), dan memastikan proses ‘check-out’ berjalan dengan teratur.
– Sentiasa bersedia untuk membantu rakan sekerja sekiranya diperlukan
– Membersihkan meja pelanggan dengan segera dan memastikan meja berada dalam keadaan bersedia untuk pelanggan seterusnya
– Sentiasa mengucapkan terima kasih kepada pelanggan, dan menjemput mereka untuk datang kembali
– Sentiasa bersedia untuk mengisi tugas-tugas yang diperlukan demi memastikan kelancaran operasi seperti yang diarahkan oleh Pengurus / Supervisor

Semua ‘service crew’ hendaklah:
– Mampu bertutur dan memahami bahasa Melayu dan bahasa Inggeris asas
– Tiada pengalaman diperlukan. Bagaimanapun pengalaman di dalam perkhidmat restoran dan F&B adalah satu kelebihan yang akan diberi keutamaan
-Mampu melakukan kira-kira yang mudah, dan boleh mengendalikan duit tunai dan sistem POS
– Mampu bekerja dalam keadaan berdiri untuk waktu yang lama (5 jam tanpa henti)
– Mampu untuk mengangkat benda-benda berat (sehingga 25kg)
– Mampu mengekalkan sikap professional dalam apa jua keadaan

KADAR GAJI ASAS yang ditawarkan adalah diantara RM1200 – RM1800 bergantung kepada pengalaman kerja yang ada (di dalam bidang F&B)

Kami juga mencari krew servis separuh masa (PART TIME SERVICE CREW)

Waktu bekerja untuk Part Time Service Crew adalah antara 15 jam – 30 jam sahaja setiap minggu.

PENGAMBILAN PEKERJA ADALAH SEGERA! SILA EMAIL RESUME ANDA KE [email protected] dengan subjek ‘FULL TIME SERVICE CREW’ atau PART TIME SERVICE CREW’

HANYA PERMOHONAN YANG MENGHANTAR RESUME AKAN DILAYAN.
JOB REQUIREMENT
Nationality Preferred Malaysians Only
Gender Preferred All Genders
Language Required English | Bahasa Malaysia
Own Transport None
Experience Level < 1 year Minimum Education Required Lepasan SPM akan dipertimbangkan Location Selangor Deadline 31 Mar 2018

Kongsi bersama rakan-rakan anda!