Kerja Kosong Kami mencari Pembuat Piza di Taman Melodies, Johor

Kami sedang mencari pekerja Sepenuh Masa dan Separuh Masa sebagai PEMBUAT PIZZA di Domino’s Taman Melodies, Johor.
TEMUDUGA TERBUKA !!

WAKTU TEMUDUGA : 11 pagi – 5 petang (Isnin – Jumaat)

ALAMAT:
67, Ground Floor, Jalan Meranti Merah, Taman Melodies Garden, 80250 Johor Bahru, Johor

PEMBUAT PIZA

Tanggungjawab:
• Membuat piza yang berkualiti dengan mengikut piawaian yang ditetapkan
• Melayan dan mengambil pesanan pelanggan di kaunter pesanan dengan sentiasa memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan
• Memastikan semua bahan-bahan untuk membuat piza tersedia sebelum memulakan operasi
• Memastikan kedai sentiasa bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan
• Mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam semua urusan penerimaan, penyimpanan dan pelabelan makanan dalam memastikan hanya produk berkualiti tinggi dihidangkan kepada pelanggan
• Mematuhi standard Domino’s dalam penjagaan imej dan dandanan
• Memberikan kerjasama yang baik dengan pasukan/ rakan sekerja dalam mencapai matlamat syarikat
• Membantu memromosi produk dan perkhidmatan Domino’s dengan mengedar risalah kedai dan bahan promosi lain
• Mematuhi semua prosedur kesihatan dan sentiasa berpegang teguh kepada amalan kerja yang selamat

Syarat-syarat:
– Berumur melebihi 16 tahun
– Boleh berkomunikasi dengan baik
– Periang, murah senyuman dan bersih
– Boleh bekerja shift, hujung minggu dan cuti umum

Tawaran kami:
Kerja Sepenuh Masa:
– Menikmati faedah perubatan dan insurans seperti kemalangan dan rawatan pesakit luar
– Bonus tahunan (setiap hujung tahun)
– Sumbangan EPF dan SOCSO
– Peluang untuk kenaikan pangkat and kemajuan kerjaya
– Makanan staff disediakan

Kerja Separuh Masa:
– Gaji mencecah RM5.80 sejam
– Waktu kerja yang fleksibel (sekurang-kurangnya 4 jam sehari)
– Peluang untuk kenaikan pangkat dan kemajuan kerjaya
– Makanan staff disediakan

Ingin Tahu Dengan Lebih Lanjut?

Sila hubungi / WhatsApp :————>

Umi 019-3880296
HR 012-6156180

ATAU

SMS “KERJA DOMINOS” ke 013-3003111

spm
Job Info:

    • Salary Range: RM 1 000 – RM 1 200 per month
    • Job Type: Non-Executive
    • Contract Type: Full-time
    • Experience Level: Any
    • Category: Retail/Promoters | Food/Restaurants/Cafe
    • Language Skill: Bahasa Malaysia
  • Gender Preferred: All Genders
  • Own Transport: None
  • Other Benefit: –
  • Job Location: Johor (Johor Bahru)
  • Minimum Education Required: spm
  • Nationality Preferred: Malaysians Only
  • Application Deadline: 30 Jun 2017
  • Email Address to Receive Resumes: [email protected]