Kerja kosong Pembantu penyelia tapak di Uitm Raub, Pahang

Peluang pekerjaan untuk mereka yang berkelayakan (berpengalaman menjaga stor dan berurusan dengan penjaga mesin) di tapak bina Uitm Raub, Pahang
Assalamualaikum,

Skop kerja:

1. Jaga stok bahan binaan seperti jubin, simen dan pasir
2. berurusan dengan pihak menjaga kren dan backhoe untuk mengalih dan mengangkat bahan binaan ke tingkat tingkat pemasangan tile
3. mengelolakan aktiviti mengangkat bahan binaan secara berjadual
4. menguruskan kemasukan pekerja ke tapak
5. menguruskan kemasukan pekerja ke dalam rumah kongsi yg telah disediakan
6. menguruskan keperluan pekerja terutama keperluan alat alat peralatan kerja
7. berurusan dengan pihak safety berkaitan kemasukan, keselamatan dan pembuangan sampah bahan binaan.
8. menghantar report bergambar secara ‘whatsapp’ kepada pihak syarikat tentang isu isu yang menghalang kelancaran kerja
9. menghadiri safety briefing dan mengambil, mencatat dan menyalurkan maklumat terkini berkaitan perkara safety kepada pekerja
10. sebagai wakil syarikat untuk menerima maklumat terkini dari pihak maincon dan menyalurkan maklumat tersebut dengan efisien kepada syarikat

Kriteria yang wajib ada pada pekerja:

1. Umur 25 -35 tahun sahaja boleh memohon
2. Tinggal berhampiran dengan Raub dan Bentong sahaja
3. Tepat waktu – 7.45am mula kerja – 6.00pm pulang
4. berdedikasi dan fokus
5. proaktif
6. berdaya saing
7. tahan maki
8. tahan panas
9. mudah bergaul
8. menjaga solat 5 waktu
9. sentiasa bersangka baik
10. sabar
11. mempunyai motor sendiri

Kerja secara berkontrak sehingga habis projek Uitm Raub
Gaji pokok ialah RM1000
ada tambahan insentif wang ringgit melalui elaun telefon, elaun perjalanan (motor), elaun kebajikan, insentif pujian dan insentif bekerja secara proaktif setelah 3 bulan bekerja dan didapati layak meneruskan kerja.

Job Info:

  • Salary: RM 1 000 per month
  • Job Type: Non-Executive
  • Experience Level: 1-3 years
  • Category: Construction
  • Job Location: Pahang (Raub)
  • Application Deadline: 10 Nov 2014
  • Email Address to Receive Resumes: [email protected]