Kerja Kosong Setiausaha syarikat

Tanggungjawab dan jawatan
Syarat dan kelayakan :

1) Mempunyai kelulusan diploma dan ke atas
2) Mempunyai kelulusan dalam bidang berkaitan dan yang setaraf
3) Calon yang berpengalaman diberi keutamaan dan mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut.
4) Calon terbuka kepada lelaki dan wanita yang berumur 25 tahun sehingga 45 tahun
5) Boleh bekerja di bawah tekanan dan perlu memberikan kerjasama kepada semua pihak
6) Berketerampilan dan berkarisma dalam kerjaya sebagai setiausaha
7) Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri serta berdikari.

Deskripsi tugas :

1.Peranan Setiausaha Syarikat dalam menyelia mesyuarat syarikat adalah semata-mata sebagai pentadbir mesyuarat dan juga termasuk :
(a) Mengatur dan berkerjasama dengan Pengerusi dan/atau Pengarah Urusan bagi dokumen dan pekara agenda
(b) Menyediakan Buku dan Bilik Mesyuarat
(c) Menghadirkan diri dan merekodkan Minit Mesyuarat
(d) Mengambil tindakan susulan hasil keputusan mesyuarat
(e) Memainkan peranan sebagai Penasihat kepada Pengerusi dan Lembaga Pengarah
(f) Menyerahsimpan dokumen-dokumen berkaitan

2.Merancang bersama AJK segala aktiviti organisasi/persatuan sepanjang tahun.
3.Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan organisasi/persatuan.
9.Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksnakan mengikut perancangan.
4. Menjadi pengantara di antara pengarah syarikat dengan mana-mana pihak yang mahu berurusan dengan pengarah urusan.
5. memberi nasihat mengenai prosedur mesyuarat, undang-undang dan peraturan yang perlu diikuti ahli lembaga pengarah dalam menjalankan tugas mereka
6. memastikan kesemua rekod syarikat termasuk keputusan yang dibuat dalam mesyuarat syarikat dan rekod para pemegang saham dan pengarah dikemas kini selari dengan pematuhan terhadap kehendak perundangan
7. Memastikan kerahsiaan syarikat terjaga.
8. Setiausaha Syarikat haruslah berkebolehan dan memahami akan pekara yang berkaitan dengan Undang-undang Syarikat (Akta Syarikat) dan Peraturan-peraturan.
9. Memberi nasihat dan peringatan dari semasa ke semasa mengikut kehendak akta serta melakukan pendaftaran dan menyerahsimpan dokumen Syarikat dari semasa ke semasa
10. Membantu dan menasihati pengarah-pengarah bagi memastikan bahawa pada setiap masa syarikatnya menyenggara suatu sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi menyimpan daftar-daftar dan rekod-rekod perakaunan yang sepatutnya
11. Sentiasa bersikap saksama dalam hubungannya dengan pemegang saham, pengarah dan tanpa berat sebelah berusaha sedaya upaya untuk memastikan pengarah dan syarikatnya mematuhi perundangan yang berkaitan, tanggungjawab-tanggungjawab kontrak dan kehendak- kehendak lain yang berkaitan.

Job Info:

  • Salary: RM 1 500 per month
  • Job Type: Executive
  • Contract Type: Full-time
  • Experience Level: 1-3 years
  • Category: Others
  • Job Location: Kedah (Alor Setar)
  • Application Deadline: 28 Feb 2017
  • Email Address to Receive Resumes: [email protected]